Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Wednesday 29 July 2009

LAST CALL & LAST TALK for 2009 Intake !!! Mansoura-Manchester Twinning Programme

Untuk makluman lanjut dan terperinci sila daftar ONLINE.
Maklumat mengenai program...klik dibawah
http://manchester.mans.edu.eg/english/about.htm

salam iklhas,
sekretariat MedicMesir


Tuesday 28 July 2009

SPIES - Program Kepimpinan MAHASISWA dan PERSEDIAAN EMOSI SEBELUM BERANGKAT!

HARI PERTAMA

08:00 - 09:00 pg. Pendaftaran Kursus dan Penginapan

Doa Pembukaan Program

Taklimat Program (aturcara dan keselamatan)

09:00 - 10:30 pg. Sesi 1: Pemecahan Bendungan

* Bacaan doa harian dan doa menuntut ilmu

* Kenali nilai diri dan nilai pasukan

*Aktiviti Binggo

10:30 – 11:00 pg. Minum Pagi dan Perbincangan Tidak Formal

11:00 - 01:00 tgh. Sesi 2: Pengenalan Umum SPIES (Apa Itu SPIES)

* S.P.I.E.S. dan peranannya dalam kehidupan

* Pembentukan kepimpinan mahasiswa berteraskan S.P.I.E.S

* LDK : Perbincangan nilai

* Pembentangan dan rumusan

* Bacaan doa harian dan doa penutup

01:00 - 02:30 ptg. Makan Tengahari, Solat Zohor Berjemaah, Zikir Munajat, Renungan Hadith, Selawat dan Bersalaman

02:30 - 04:30 ptg. Sesi 3: Spiritual (Kenali Diri)

* Bacaan doa harian dan doa menuntut ilmu

* Siapa kita, untuk apa kita dijadikan dan mahu ke mana kita selepas ini

* LDK : Perbincangan Pelan Strategik

* Pembentangan dan rumusan

04:30 - 05:30 ptg. Minum Petang, Solat Asar Berjemaah, Zikir Munajat, Renungan Hadith, Selawat dan Bersalaman

05:30 – 06:30 ptg. Fizikal (Hidup Bertenaga)

Riadah dan Pertandingan Antara Kumpulan

06:30 – 07:15 mlm. Persiapan Diri dan Makan Malam

07:15 – 09:15 mlm. Solat Maghrib Berjemaah, Zikir Munajat, Kuliah Maghrib : Solat dan aplikasi dalam kehidupan

Penerangan Khaifiat qiammullail Solat Isya Berjemaah, Doa, Selawat dan Bersalaman

09:15 - 10:45 mlm. Sesi 4: Intelektual (Kepemimpinan Mahasiswa)

* Peranan Mahasiswa membentuk kepimpinan

* Kepentingan menuntut ilmu

* Tanggung jawab mahasiswa kepada agama, bangsa, negara dan negeri

* LDK : Perkongsian pengalaman menjalani kehidupan di luar negara.

* Rumusan dan saripati pembelajaran

10:45 – 11:00 mlm. Doa Harian, Doa Penutup, Selawat dan Bersalaman

Minum Malam dan Rehat

Hari Kedua

04:00 - 04:30 pg. Bangun Pagi dan Persiapan Diri

04:30 – 06:00 pg. Qiammullail dan Zikir Munajat dan Doa

06:00 - 08:00 pg. Solat Subuh Berjemaah, Zikir Munajat, Renungan Hadith, Selawat dan Bersalaman

Ceramah Pagi : Persiapan Diri Sebelum Keluar Negara.

(Persiapan Diri Secara Bersepadu Berteraskan SPIES)

08:00 – 08:30 pg. Sarapan Pagi dan Persiapan Diri

08:30 – 10:00 pg. Emosional (Mengurus Emosi) dan Peneguhan S.P.I.E.S.

* Bacaan doa harian dan doa menuntut ilmu

* LDK : Perbincangan Kumpulan

* Manifestasi kefahaman terhadap S.P.I.E.S.

* Hubung kait SPIES, antara pembelajaran dengan kehidupan mahasiswa di luar negara

10:00 - 10:30 pg. Minum Pagi dan Perbincangan Tidak Formal

10:30 - 12:00 tgh. Sosial (Hidup Memberi) dan Pembentangan Kumpulan

* Persembahan manifesto kumpulan

* Rumusan perlaksanaan S.P.I.E.S. dalam kehidupan di luar negara.

* Rangka tindakan dan aku janji kepimpinan pelajar/mahasiswa yang akan di luar negara.

12:00 - 02:00 ptg. Majlis Penutupan

Penyampaian Sijil

Makan Tengahari, Solat Zohor Berjemaah, Zikir Munajat, Renungan Hadith, Selawat dan Bersalaman

Bersurai

JANGKA MASA >7-8 hb Ogos 2010

BILANGAN PESERTA > terhad kepada 100 orang peserta

KUMPULAN SASARAN PRIORITI > Pelajar yang akan ke Mesir & Rakyat negeri Selangor

Makan minum, penginapan, bahan kursus, sijil kecemerlangan akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri Selangor.

Wednesday 22 July 2009

Hospital Attachment

Salam,
Untuk pelajar Tahun 1 / Sesi 2008 yang berminat untuk menjalani 'attachment' di hospital kerajaan semasa cuti musim panas di Malaysia. Sila hantarkan nama anda / nama hospital pilihan ke medicmesir@gmail.com. Tarikh Tutup Sabtu, 25hb July 2009.

Medicmesir akan mengeluarkan dokumen berkaitan untuk tujuan tersebut.

salam ikhlas,
ummi ;-)

Friday 17 July 2009

Yuran Tahun PERTAMA (Intake 2008)

PENTING & URGENT

Kepada pelajar tahun 1 / Sessi 2008/09 yang belum melunaskan Yuran Pengajian Tahun Pertama dan menghadapi masalah untuk menyelesaikannya dalam masa terdekat.
Sila berhubung dengan Cik Waheeda di talian 03 89459030 (9-5pm) dgn kadar segera untuk bantuan selanjutnya.

Sila pastikan urusan ini selesai bagi mempastikan transkrip dikeluarkan untuk tujuan permohonan Tajaan JPA untuk Tahun Kedua dan selanjutnya.
Tarikh akhir penghantaran dokumen untuk Tajaan JPA adalah pada 10hb September 2009

Harap Maklum dan semoga usaha ini membantu :-)

salam ikhlas,
sitihaniza@ummi

Tips Dr Muslim-"Pengurusan Pesakit Nazak-SakratulMaut"

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Hrkh) - Orang yang hidup bertanggunjawab menyelamatkan akidah pesakit Islam yang sedang menghadapi saat kematian.

Di saat 'sakratul maut' itu, pesakit yang sedang nazak, menghadapi ujian yang tidak dapat dilhat orang awam iaitu ketika syaitan bersusah payah menghasut dan mempengaruhi supaya pesakit mati di dalam keadaan kufur.

Justeru, mestilah sentiasa mengucapkan kalimah syahadah dan 'Allah' di tepi telinga pesakit secara bertenang dan berterusan, agar pesakit itu mampu untuk melafazkannya buat kali terakhir.

Demikian antara saranan pendakwah bebas Dr Azhar Yaacob ketika menyampaikan kuliah yang bertajuk "Pengurusan Pesakit Nazak-SakratulMaut" di pejabat Harakah tengah hari tadi, dekat sini.

Katanya ada tiga peringkat yang perlu dilakukan oleh orang awam, kaum keluarga dan rakan-rakan pesakit yang nazak iaitu membaca surah Yassin, memilih seseorang yang warak untuk membaca kalimah syahadah kepada pesakit dan membacakan doa daripada surah al-Imran daripada ayat 7 dan 8.

"Itulah saat yang paling getir, dimana malaikat dan syaitan 'bergelut' untuk memastikan pesakit mengikut pegangan. Jangan ada yang mencelah, sebab kita mahu pastikan pesakit mati di dalam Islam," katanya kepada warga kerja Harakah.

Selain itu, Dr Azhar juga turut memeri panduan dan tips yang betul dalam menyampaikan berita kematian kepada waris dan kaum keluarga yang terdekat agar ianya tidak mengundangkan masalah dan menjadikan situasi dalam keadaan panik dan mengejut.

"Sampaikan dengan cara penuh berseni dan bijaksana, supaya yang mendengar atau waris menerima berita itu dapat menerima kematian itu dengan penuh redha," katanya.

Selain itu, adalah sangat tidak digalakkan menunggu waris si mati untuk menunaikan tanggungjawab menyelenggarakan jenazah kerana ianya memakan masa yang lama dan tidak boleh ditangguh.

"Kita beri kadar 7 sehingga 8 jam untuk waris balik. Jangan tunggu sehari suntuk. Ini bukan untuk meraikan orang yang hidup tetapi menguruskan jenazah yang mempunyai 'agenda' untuk mengadap tuhan.

"Pastikan juga hutang-piutang si mati ini diselesaikan, sebaik-baiknya sebelum dikebumikan. Bayangkan orang syahid dalam perang, diterima terus ke syurga tanpa dihisab kecuali yang menghalangnya adalah hutang," katanya yang menamatkan kuliah kira-kira 1.30 petang.

Tajaan Tiket Kapalterbang - KUL CAIRO

Alhamdulillah,

Insyallah senarai penuh pelajar yang berjaya mendapat tajaan kapalterbang akan dimaklumkan pada 15hb Ogos 2009 (bukan 1hb Ogos 2009).
Lebih masa diberikan agar lebih ramai yang berpeluang mendapatkan tajaan ini.

Pelajar yang memohon tajaan secara terus, sila maklumkan tarikh dan pesawat dibawah semasa memohon penajaan:
6hb Oktober 2009 / Selasa / Egypt Air / jam 1130 mlm / KUL -CAIRO

Ini bagi mempastikan anda masih termasuk didalam 'group departure' dan segala urusan sehingga tiba di rumah masing-masing secara berkumpulan.

MedicMesir akan sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik utk semua. Namun, dimana ada kekurangan, ampun dan maaf kami pinta :-)
Insyallah, sama-sama kita panjatkan doa kepada Allah swt agar dipermudahkan segala urusan. Ameen Ya Raab!

JazakAllah Khairan Kathira

sitihaniza@ummi

Wednesday 15 July 2009

Pengiktirafan JPA serta Borang Tajaan selepas Tahun Pertama

Salam,

atas permintaan ramai, link ini dimasukkan semula untuk rujukan masing-masing...

Senarai universiti & program yang diiktiraf JPA

Link kepada Borang Tajaan JPA (selepas Tahun Pertama)

semoga info ini membantu :-)

Thursday 9 July 2009

Doktor diminta kembali ke tanah air utk bantu negara

sinar harian, khamis,08july 09: Dr Mahathir























Doktor disaran untuk kembali ke tanah air selepas tamat pengajian. Khidmat mereka untuk membantu negara amat diperlukan. (Dr M)

SETUJU? Apakah isu sebenarnya yang menyebabkan graduan Medic diluar negara tidak pulang? Adakah mereka pelajar swasta atau tajaan JPA / MARA?

Wednesday 8 July 2009

TerimaKasih MAIS !

Salam,

MedicMesir ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MAIS atas keprihatinan meluluskan SEMUA permohonan Tajaan Penuh Yuran Pengajian Tahun 1/2008, disamping bantuan wang saku & tiket.

Sesungguhnya, kami yakin bantuan ini tidak disia-siakan oleh anak2 MedicMesir. Bantuan ini telah meringankan beban keluarga didalam menampung perbelanjaan di Mesir.

TerimaKasih tidak terhingga. Doakan semoga Allah swt permudahkan urusan Tajaan Tahun Kedua dan seterusnya melalui JPA. Seterusnya, didoakan agar dengan bantuan pelbagai sudut, kita akan melahirkan lebih ramai Doktor Muslim dalam masa terdekat. Amee Ya Raab.

Terima Kasih MAIS! TerimaKasih MAIS!
Semoga Allah swt pemudahkan urusan kehidupan kakitangan2 yang prihatin dan tak jemu-jemu membantu.

Salam,
Siti Haniza, b/p Warga MedicMesir

Tajaan JPA utk pelajar yang LULUS Tahun 1

Salam,
TAHNIAH kepada semua pelajar Tahun 1 yang lulus cemerlang!. Alhamdulillah, Tajaan JPA sudah dibuka utk dipohon. Bagi menyelaras permohonan, MedicMesir melantik koordinator sebagai penyelaras:

Program Manchester: Nuha Najiyah
Program Ordinary: Azizi Jusoh
Program Pergigian: Hana Yasmin

Tolong pastikan semua permohonan dibuat sebelum 20hb Ogos 2009. Email satu salinan borang kepada koordinator utk memudahkan pemantauan dibuat oleh MedicMesir.
Sila ambil maklum dokumen berkenaan perlu dipos sebelum 10hb September 2009.

Semoga dipermudahkan urusan Tajaan tahun kedua dan seterusnya

salam,
ummi :-)

Wednesday 1 July 2009

Perbanyak Fakulti Perubatan..


Alhamdulillah...
Semuga usaha perbanyakan fakulti perubatan ni dapat disegerakan ...insyallah..!