Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Friday 27 August 2010

SURVEY TAJAAN PELAJAR MEDICMESIR TAHUN 2 2009/10

Salam,
Semoga semuanya berada didalam pemeliharaan Allah swt serta dilimpahi keberkatan dan maghfirah Ramadhan!

Pihak MedicMesir didalam proses membuat SURVEY tajaan dikalangan pelajar-pelajar MedicMesir, TAHUN 2, SESI 2009/10. SURVEY ini bertujuan untuk mengenalpasti status tajaan dan mengambil langkah untuk membantu mereka yang masih belum ditaja atas beberapa sebab. Pelajar Tahun 1 2009/2010 atau pelajar baru sessi 2010/11, sila jangan isi borang ini.

Semoga masa yang sedikit diluangkan dapat membantu pihak MedicMesir mengambil langkah selanjutnya untuk membantu.

Bagi mereka yang menduduki imtihan Dur Thani 2010, ummi doakan 'BiTawfiq, WaNajjah, Fi Imtihan'....Mohon fokus semasa menjawab.....Tidur awal...pleaselah, jangan berjaga malam lewat sangat...u need good rest!...Waktu-waktu begini, jangan buang masa...JOM 'Zero FB!'..Buat yang TERBAIK !...Banyakkan berDOA dibulan ramadhan.

Doa ummi agar Allah swt akan sentiasa permudahkan laluan semuanya untuk menjadi Doktor Muslim yang Najjah dunia akhirat. Ameen!

Salam Sayang dan Sayang,
ummiMM

Thursday 26 August 2010

JOM! Kasih A'SYARA 2010

Salam,
Alhamdulilla, warga MMTanta yang tidak pulang bercuti menganjurkan program JOM! Kasih A'Syara. Sumbangan A'syara genih (10LE) begitu bermakna buat mereka yang memerlukan!

Antara aktiviti yang dijalankan adalah penyerahan makanan harian kepada 60 keluarga miskin dan Majlis Iftar bersama anak-anak yatim Kafr Isam.
Insyallah, selain dari menghayati kemiskinan golongan fakir miskin di bumi Tanta, insyallah, program ini berharap dapat mengeratkan 'Ukhuwah Fillah' antara pelajar Malaysia dan komuniti Tanta. Insyallah. Ameen!

Bagaimana anda boleh menyumbang??............Klik link untuk makluman selanjutnya! Terimakasih atas sumbangan anda. Semoga hati-hati kita ditaut atas kasih sayang keranaNYA. Ameen!

Salam,
ummiMM


Penyerahan TIKET

Salam,
Salinan tiket hanya dapat diemail pada semua selepas pihak airline menyerahkannya kepada MedicMesir pada hari Sabtu 28hb Ogos 2010. Insyallah, akan diemail secara berperingkat. Kelewatan amat dikesali.

Sila ambil maklum,
1. Sesiapa yang memohon tiket tajaan MAIWP, sila maklumkan secara email kepada fakharuddin.medicmesir@gmail.com. Ini untuk mengelakkan 'double booking'
2. Sesiapa yang memohon tiket tajaan MAIP (Perak), sila berhubung dengan Pn Shukriah, MAIP, samada tajaan anda telah diluluskan ataupun tidak. Bagi yang belum diluluskan setakat hari ini, 26hb Ogos, sila buat bayaran terlebih dahulu kepada MedicMesir. Ini bagi mengelakkan, ketiadaan tiket untuk berlepas. Pihak MedicMesir akan memulangkan wang yang dibayar sebaik menerima surat kelulusan MAIP.

Segala urusan tiket, sila berhubung dengan EN Fakharudin di talian 03 89459030. Harap maklum

Salam,
ummiMM


Penerbangan 17hb ke 20hb September 2010

Salam,
Sila ambil maklum bahawa penerbangan asal 17hb September akan dipinda ke 20hb September. Maklumat lain kekal sama.

Gulf Air - Jam 1030 pagi. Bermalam di Bahrain (hotel dan makanan disediakan).
Muatan 30kg.
20hb September 2010- Gulf Air - Mansoura University/ Al Azhar University (Dentist)
Maklumat Flight:
20Sept : GF 281V KULBAH 1040 1335
21Sept : GF 71V BAHCAI 1030 1335

Kesulitan amat dikesali. Maaf YA!

Salam,
ummiMM

Monday 23 August 2010

VISA untuk kembali ke MESIR

Salam,
Kepada semua pelajar yang sedang pulang bercuti di Malaysia dan telah tamat tempoh VISA. (pelajar BARU sessi 2010 tidak terlibat yer!!)
Memandangkan ada permintaan menguruskan VISA dari Malaysia, maka dijelaskan bahawa.

VISA kemasukan ke Mesir boleh diperolehi samada :
1. VISA 'on arrival' 1 bulan dan mengemukakan semula ke Imigresen di Mesir dlm masa 2 minggu utk universiti selain Alexandria. Bagi Alexandria Uni, sila serahkan kembali kepada univesiti (Ini terbaik dan memadai sebenarnya) ATAU
2. Mendapatkan VISA 3 bulan dari Embassy of Egypt di Malaysia. Bagaimanapun, urusan ini hanya utk memudahkan kemasukan sahaja. Walaubagaimanapun, pelajar masih perlu mendapatkannya semula selepas 1 bulan kemasukan (oleh itu ini adalah pilihan sahaja)

Untuk urusan ke2, anda samada:
1. Warga KL atau Selangor - boleh berurusan terus dengan Embassy of Egypt di Malaysia atau
2. Warga luar KL atau Selangor - mendapatkan khidmat MedicMesir untuk diuruskan VISA di Embassy of Egypt. Sila hantar paspot asli, surat tawaran, 1 gambar dan wang RM80 (RM67 utk VISA dan RM13 utk courier semula VISA kepada anda) ke pejabat MedicMesir sebelum Rabu, 25hb Ogos 2010.

Segala pertanyaan, sila berhubung dengan En Fakharuddin di talian 03 8945 9030. Semoga terus diberi kekuatan untuk merebut fadilat Ramadhan. Ameen

Salam,
ummiMM

Sunday 22 August 2010

JOM 'Google' - Thursday, 26th August, 10am-5pm

Salam, Ramadhan Kareem! May Allah swt's rahmat shine on you!
As part of our effort to 'multi-skilling' our family members, we can't run away from all the rapid IT application development. And, the current in-thing is GOOGLE application!

The objective is to train as many as possible, but to start it off......let's TRAIN the 'SIFU'!!.......

We will select and develop 'GOOGLE SIFU' among us, with hope, we can duplicate the same training in Mesir (Insyallah, Ameen). Those choosen, must commit to share knowledge with others later (during cuti2 Mesir lah!)

VENUE: 48, Jalan Kemuja, Bangsar Utama , Kuala Lumpur

1st session: 10-1pm:Google Applications Training
2nd session: 2-5pm : Hands ON Workshop

'JOM Google ' Workshop Synopsis
1. Introduction to Google Application
2.Empowering web application to enhance your organisation
3. Step by step guide in setting up Google application
It's FREE OF CHARGE ....but please bring your lappy along!

We pray that this effort would produce better 'MultiSkill' Muslim Doctors....Ameen

Salam & Lots of Love,
ummiMM


JOM 'Broga' - 23hb Ogos 2010

Salam,
Alhamdulillah ala kulli hal, Crew JOM yang tak putus-putus dengan idea dan tenaga menjemput semua bakal dukturah Mesir yang pulang bercuti atau yang baru nak berangkat ke Mesir untuk bersama didalam pendakian JOM 'Broga'.

Objektif jaulah ini adalah disamping menguji ketahanan diri (terutama disaat berpuasa) adalah sama2 mentadabbur alam. Disamping itu juga, kutipan yang bakal dibuat akan disumbang ke rumah Orang Tua Al Ikhlas semasa program Jom 'Kasih Ramadhan'. Maklumat lanjut, sila lawati >> Blog JOM (www.JourneyOfMedichood.com)

JOM 'Broga' adalah juga sesi yang membolehkan bakal2 Dukturah yang akan berangkat bulan September ini nanti menjalin hubungan rapat dengan semua seniors dari semua universiti. Semoga ukhuwah yang terjalin ini membantu pelajar baru menyesuaikan diri dengan lebih cepat di Mesir nanti. Insyallah.
Segala pertanyaan sila hubungi :
Puteri Nuuraine Ayu (tahun 3 mansoura-manchester) HP: 0192545466 YM: mizz_yoyo
Bunyamin bin Abdullah(pelajar MARA tahun 3 mansoura-manchester)>> HP: 0195025605 YM: centaur_90

Semoga program ini mendatangkan manfaat. Ameen
Salam ikhlas,
ummiMM

Saturday 21 August 2010

Slip Keputusan Tahun 1 Alexandria University

Salam,
Sukacita dimaklumkan kepada semua pelajar tahun 1, MedicMesir, GMN & QAS. Bagi mereka yang memohon MedicMesir menguruskan slip keputusan Tahun 1, slip keputusan telah dihantar, sila semak email masing-masing. Jika masih tiada, sila maklumkan diborang ini.

Sila ambil maklum, satu salinan keputusan ini akan dihantar kepada KPT, Putra Jaya dan JPA. Salinan asli ini juga akan diposkan ke rumah masing-masing.

TAHNIAH KEPADA SEMUA YG BERJAYA. Jazakallahu Khairan Kathtira.

Salam,
ummiMM

Friday 20 August 2010

JOM "KASIH Ramadhan" 2010

Salam,
Alhamdulillah, selepas JOM 'Pulau Kapas'...JOM 'SPIES'...JOM 'Sekolah' yang berlangsung pagi tadi....Sukacita sekali lagi, crew JOM dan semua pelajar2 MedicMesir yang pulang bercuti dan pelajar2 baru yang akan berangkat ke Mesir akan mengadakan program komuniti sempena Ramadhan.

Alhamdulillah, program kali ini akan diadakan bersama orang2 tua :
>>pada hari Selasa >>>24hb Ogos 2010
di Rumah Orang2 Tua Al Ikhlas, Putra Perdana, Puchong, Selangor.

Semua pelajar yang berminat sila DAFTAR disini

>TerimaKasih tak terhingga kepada Prof Dr Latiff atas kesudian menjadi Penasihat JOM "Kasih Ramadhan' 2010.
>Antara program yang akan diadakan adalah sesi 'Basic Medical Check-up'. Oleh itu, sila bawa log-book masing2.
>Ibu / Ayah yang ingin menyumbang tenaga atau wang ringgit kepada program ini, sila berhubung dengan saya @ ummi di talian 019 2306167.

Segala pertanyaan sila rujuk, koordinator :
Khairun Nisa Sulaiman (0123026429, YM:doublethen) atau
Zakwan Ilyas ( 0148635694,YM: zack_19006)

Terima Kasih!!.....Kasih sayang anda amat kami perlukan....
Semoga usaha kita yang ikhlas ini diterima Allah swt.

"Menggapai Ridha Allah Swt dengan berbakti kepada Orang2 Tua"

Salam Sayang dan Sayang,
ummiMM

Tuesday 17 August 2010

Mansoura Manchester Tahun 1 Sesi 2010/2011

Salam,
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Mansoura University telah bersetuju untuk menurunkan yuran Tahun 1 sessi 2010 /2011 dari 8000USD ke 2000USD setahun.
Yuran tahun berikutnya adalah 9200USD setahun.

Memandangkan, tahun ini pihak Mansoura University tidak menerima sebarang kemasukan dari pelajar Mesir (atas sebab penstrukturan kemasukan ke universiti oleh kerajaan Mesir), maka masih terdapat banyak kekosongan di universti.

Oleh itu, sesiapa yang tak berkesempatan memohon , tetapi berminat, sila daftar di BORANG ONLINE sebelah dan sila hubungi Sekretariat MedicMesir di talian 019 6206167 untuk maklumat lanjut. Pendaftaran tutup 30hb Ogos 2010.

Semoga makluman ini mendatangkan manfaat.

Salam Iklas,
Siti Haniza Mohd Nazri @ ummiMM

Friday 13 August 2010

TAHUN 1 sessi 2008/09 & 2009/10 - SALINAN ASAL NOC / SSLN YANG ADA DI PEJABAT MEDICMESIR

Salam,
Semoga Ramadhan kita terus diberkati Allah swt!

Bagi pelajar yang telah menghantar keputusan Tahun 1, sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menyiapkan semua dokumen NOC. KPT telah menyerahkan kepada MedicMesir salinan asli NOC /SSLN yang masih tidak dituntut dari pejabat KPT.

Memandangkan sijil ini perlu digunakan untuk urusan tajaan JPA. Maka, sila berikan makluman terkini kepada MedicMesir untuk urusan pos. Pelajar yang tinggal diluar KL/Selangor boleh memohon perkhidmatan MedicMesir untuk menyerahkan salinan fotokopi NOC/SSLN ini kepada JPA. Salinan NOC / SSLN akan diserahkan melalui tangan ke pejabat JPA pada hari Isnin, 13 hb Ogos 2010. Urusan pos salinan asli akan dibuat pada hari yang sama.

Bagi kelancaran urusan, sila isikan makluman anda di BORANG MAKLUMAN NOC /SSLN

Bagi yang terlewat menghantar keputusan tahun 1, mohon dilanjutkan permohonan NOC terus ke KPT. Makluman dibawah mungkin membantu.

Semoga dimudahkan segala urusan. Sekian TerimaKasih.

Salam ikhlas,
ummiMM

Tib Asnan Banat - AlAzhar - Surat Tawaran Universiti berserta Penyataan Yuran TERKINI (untuk Tahun 1 sessi 2009/2010)

Salam,

Alhamdulillah, dokumen diatas telah diterima oleh MedicMesir. Dokumen ini penting bagi tujuan permohonan JPA dan lain-lain tajaan.

Untuk memudahkan urusan, sila isi borang makluman dibawah. Dokumen akan dihantar secara email dan dokumen asal akan di courier kepada setiap pelajar!.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar Tib Asnan Al Azhar yang mencapai keputusan AMAT CEMERLANG. Ini membuktikan, penghijrahan dari Mansoura ke Al Azhar bukan satu usaha yang sia-sia. Alhamdulillah! Semoga Allah swt terus memudahkan urusan kita dunia dan akhirat.


Salam,
ummiMM

Salinan keputusan Imtihan Tahun 1 dan Surat Tawaran Banin Tib Asnan (pergigian ) AlAzhar Sesi 2009/10

Salam,

Ramadhan Kareem! Semoga kita terus diberkati Allah swt didalam bulan yang mulia ini. Ameen!

Semua keputusan tahun 1 serta salinan surat tawaran yang menyatakan penyata yuran telah di hantar ke email masing-masing. Semoga dokumen ini dapat diserahkan kepada JPA pada hari ini.

MedicMesir telah menyerahkan semua dokumen NOC kepada KPT (yang telah disertakan surat tawaran dan slip keputusan). Sila rujuk kepada KPT untuk urusan ini dan pelajar (atau wakil mesti mengambilnya sendiri.

MedicMesir mohon maaf atas kelewatan mendapatkan Slip Keputusan. Harap semua faham dengan karenah arab Mesir (aduhai!!...). Terima Kasih, tak terhingga kepada Ustaz Ameer yang sabar dan sabar!

Sama-sama kita berdoa agar urusan tajaan dipermudahkan. Sekali lagi, TAHNIAH diucapkan kepada semua yang BERJAYA! Insyallah, teruskan usaha untuk tahun-tahun yang akan datang. Rabunna Yusahhil.

Salam Sayang,
ummiMM

Thursday 12 August 2010

Biasiswa 1 Malaysia

Salam,
Ramadhan Kareem. Semoga sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan Allah swt!

TAHNIAH kepada pelajar MedicMesir yang telah berjaya mendapat tajaan Biasiswa 1 Malaysia. Bagaimanapun, bagi membantu mereka yang telah menghantar borang tetapi tidak mendapat sebarang jawapan, sila maklumkan didalam borang dibawah. makluman ini penting untuk tujuan rayuan dan follow up.

Sila isi sebelum jam 12 tengahari, Jumaat, 13 hb Ogos 2010.


TerimaKasih tak terhingga juga kepada ibubapa pelajar Medicmesir yang dengan ikhlas hati membantu lebih ramai anak-anak MedicMesir mendapatkan tajaan. Hanya Allah swt sahaja yang membalas budi baik serta keikhlasan tuan.

Salam,
ummiMM


Wednesday 11 August 2010

KENAIKAN YURAN PERGIGIAN UNIVERSITI ALEXANDRIA

Salam,

Dengan ini dimaklumkan bahawa, Dekan Fakulti Pergigian, Alexandria University telah membayangkan bahawa akan berlaku kenaikan yuran tahunan Program Pergigian. Buat masa ini, yuran pengajian adalah 8000USD setahun. Jumlah yuran baru masih belum di ketahui. Bagaimanapun, MedicMesir dalam usaha merayu agar kenaikan ini TIDAK AKAN BERLAKU.

Harap maklum dengan pengumuman awal ini.

Salam,
ummiMM

Marhaban Ya Ramadhan!

MedicMesir mengambil kesempatan ini mengucapkan 
Selamat menunaikan ibadah puasa,
bersama kita leburkan kekhilafan,
semoga dengan puasa mempertemukan kita
dengan keagungan Lailatul Qadar,
dan kita semua menjadi pilihanNya
untuk dikabulkanNya do'a - do'a kita dan
kembali menjadi fitrah
TAQABALLAHU MINNA WA MINKUM 
Mohon Maaf Zahir dan bathin
Salam Ukhuwah Fillah,
ummiMM

Tuesday 10 August 2010

KEPUTUSAN INDIVIDU KULIAH TIB ASNAN BANIN Al AZHAR Tahun 1 2009/2010

Salam,

MedicMesir telah memperolehi keputusan individu serta salinan tawaran universiti asli yang menyatakan penyata yuran universiti bagi semua pelajar Tib Asnan Banin, Universiti Al Azhar sessi 2009 /2010.

Semua salinan akan dihantar secara email kepada setiap pelajar. Salinan asli akan dipos terus ke rumah. Untuk mudahkan urusan, sila maklumkan email dan alamat terkini anda.


Sila pastikan semua dokumen sampai ke JPA pada hari Jumaat, 13hb Ogos 2010.

Semoga usaha ini membantu.

Salam sayang,
ummiMM



ALEX UNI - KEPUTUSAN IMTIHAN TAHUN 1 sessi 2009/2010

Salam,

Alhamdulillah. Excel File result Tahun 1 telah ada pada ummi. Buat masa ini, dalam proses untuk mendapatkan slip. Insyallah, akan cuba dapatkan slip individu sebelum Jumaat, 13hb Ogos 2010. Sila ambil maklum, tarikh akhir menghantar slip imtihan ke JPA adalah pada hari Jumaat, 13hb Ogos 2010. Untuk mudahkan urusan email semua slip, sila isikan borang dibawah. Congrats ALL. bagi yang kurang berJAYA! Don't Give UP!! Usaha lagi. Semoga Allah swt membantu!....Ameen


Salam,
ummiMM

NOTE: Pelajar Global Medic / QAS yang memohon slip yang sama, sila isi borang diatas. Tolong jangan hantar maklumat di email. Dikhuatiri tercicir.

Monday 9 August 2010

Borang Tempahan Rumah dan Ahli Rumah 2010

Salam,
Khas untuk pelajar-pelajar baru sesi 2010. Sila isikan makluman di dalam borang yang disediakan. Maklumat yang kami perolehi ini akan membantu menyiapkan rumah mengikut kehendak ahli rumah. Sila ambil maklum, MedicMesir tidak tertakluk kepada permintaan ini, ini adalah kerana rumah adalah berbeza dari satu dengan yang lain.


Semoga dipermudahkan Allah swt mendapatkan penginapan yang terbaik dan selesa. Ameen

Salam,
ummiMM

Tarikh Akhir Penghantaran dokumen JPA (untuk tahun 1 & 2 2009/2010)

Salam,

Sila ambil maklum, tarikh akhir penghantaran dokumen JPA adalah pada 13hb Ogos, 2010 dan bukannya 10hb Ogos (10 hari bekerja dari tarikh tutup).

Sila pastikan mana-mana dokumen yang tidak lengkap pada 13 hb Ogos 2010 dihantar secepatnya setelah ianya siap.

Pelajar-pelajar yang terpaksa mengulang peperiksaan, anda boleh memohon pada sesi Februari 2011 kelak. Pastikan anda mendapat sekurang-sekurangnya Jayyid Jiddan untuk melayakkan tajaan JPA. Tolong FOKUS kepada exam!

Semoga Najjah ! Ameen

Salam

Saturday 7 August 2010

Borang MARA (untuk pelajar Tahun 1 2009/2010)

Salam,

Kepada pelajar2 Mumtaz dan Jayyid Jiddan yang telah mengambil Borang MARA dari MedicMesir, sila pastikan borang dihantar ke pejabat MedicMesir sebelum 10hb Ogos 2010. Kepada pelajar yang mempunyai 'cable' sendiri, sila hantar secara persendirian. Ini adalah lebih baik.

Buat makluman semua, buat masa ini peruntukan MARA dibekukan dan tidak tahu bila akan 'cair'. Bagaimanapun, kita juga maklum, bahawa MARA masih meluluskan permohonan dari masa ke semasa. Oleh itu, MedicMesir tidak boleh menjanjikan bulan dan bintang. Tetapi, ini adalah usaha tambahan mengunakan saluran-saluran yang telah sedia ada. Semoga dipermudahkan Allah swt.

OK! Pray for the best! Semoga dipermudahkan rezeki kita semua. Ameen.

Salam & Lots of Luv,
ummiMM

Solat Hajat Imtihan Dur Thani

Salam,

MedicMesir akan menganjurkan Solat Hajat sempena Imtihan Dur Thani bagi semua pelajar, tidak mengira dari agensi mana mereka hadir ke Mesir, yang bakal menduduki Dur Thani (repeat paper) bermula bulan Ogos 2010.

Solat Hajat, malam ni, 7hb Ogos 2010, selepas Isyak di Surau ILSAS, Kajang.

Kami memohon kehadrat Allah swt agar dipemudahkan urusan imtihan. Yang susah, dimudahkan. Yang Lupa, diingatkan. Yang Gagal, diluluskan. Agar Imtihan Dur Thani bukan satu imtihan yang mendukacitakan. Ya Allah! permudahkan juga urusan tajaan mereka agar terlepas beban ibu dan ayah. Ameen Ya Raab!

Mantapkan usaha. Insyallah, Allah swt bersama antum ! Kejayaan itu amat hampir. Insyallah.

Salam Sayang,
ummiMM

Friday 6 August 2010

Jadual Berangkat ke Mesir untuk pelajar Sesi 2010/11 & Tajaan TIKET

Salam,

Sukacita diumumkan jadual penerbangan untuk pelajar-pelajar sesi 2010/2011:

Gulf Air - Jam 1030 pagi. Bermalam di Bahrain (hotel dan makanan disediakan).
Muatan 30kg.
17hb September 2010- Gulf Air - Mansoura University/ Al Azhar University (Dentist)
Maklumat Flight:
17Sept : GF 281V KULBAH 1040 1335
18Sept : GF 71V BAHCAI 1030 1335

22hb September 2010 - Alexandria University

Maklumat Flight:
22Sept : GF 281V KULBAH 1040 1335
23Sept : GF 71V BAHCAI 1030 1335

27hb September 2010 - Tanta University
Maklumat Flight:
27Sept : GF 281V KULBAH 1040 1335
28Sept : GF 71V BAHCAI 1030 1335

Egypt Air - Jam 0130 pagi. Tiba di Cairo, hari yang sama 0530 pagi. Muatan 30kg.
29hb September 2010 - AlAzhar University (Medic) / Zagazig
Maklumat Flight: MS 971 KUL CAI

Sila ambil maklum:-
1. Bagi pelajar-pelajar yang memohon tiket tajaan dari ZAKAT, sila pastikan tarikh berangkat mengikut kumpulan masing-masing diatas.
2. Tiket hanya akan diserahkan di KLIA setelah selesai check in.
3. Salinan tiket HANYA akan diserahkan kepada pelajar yang memohon tajaan zakat dan sebagainya pada 20hb Ogos 2010 Jika anda ingin mendapatkan salinan tiket, sila maklumkan melalui BORANG PERMOHONAN SALINAN TIKET.

Pegawai MedicMesir yang bertugas mengenai tiket penerbangan adalah En Fakharuddin (0196206167) atau fakharuddin.medicmesir@gmail.com. Sebarang pertanyaa sila berhubung terus dengan beliau.

Diharap makluman ini membantu dan semoga dipermudahkan semua urusan berangkat. Ameen!

Salam,
ummiMM

Pendaftaran JOM SPIES 2010 (Sabtu, 7hb Ogos 2010)

Salam,

Dengan hormatnya Program JOM SPIES - Fokus kepada Kepimpinan Mahasiswa dan Persediaan Emosi Sebelum Berangkat.

SPIES = Spiritual , Physical, Intelligent, Emotional , Social

Harapan MedicMesir agar program ini dapat menjadi asas kepada persediaan melahirkan lebih ramai pelajar yang Mumtaz dunia dan akhirat. Ameen!

Sila ambil maklum pendaftaran JOM SPIES 2010 akan diadakan :
Sabtu, 7hb Ogos 2010, 8- 830pagi , di Dewan Diamond 2, ILSAS, Kajang (Sebelah UNITEN)

Pelajar sesi 2010 yang ingin menghantar paspot dibenarkan untuk menyerahkan apa-apa dokumen berkaitan kepada pegawai MedicMesir yang bertugas.

Segala pertanyaan mengenai JOM SPIES 2010, sila berhubung terus dengan En Fakharuddin di talian 019 6206167

Jumpa di ILSAs!

Salam,
ummiMM

Thursday 5 August 2010

Pertukaran Pelajar dari AlAzhar ke Tanta University

Salam,

Pihak MedicMesir banyak menerima permintaan pertukaran pelajar dari universiti Al Azhar, terutamanya dari jurusan pergigian.

Bersama ini adalah penyata yuran terkini:
Yuran Pergigian Al Azhar :
preDental : 2000USD / Tahun 1-4 : 8000USD
Yuran Pergigian Tanta :
preDental - Tahun 4 : 8000USD

Untuk menyelaraskan semua pertukaran, sukacita sekiranya, semua pertukaran dapat dibuat melalui borang dibawah.

Sila ambil maklum, tarikh tutup pertukaran adalah 9hb Ogos 2010, Isnin, 5 petang.
Segala pertukaran selepas 9hb Ogos 2010 TIDAK DIJAMIN KELULUSANnya.


Mohon doa kehadrat Allah swt agar dipermudahkan segala urusan. Ameen Ya Raab!

Salam,
ummiMM


SENARAI NAMA JOM SPIES (7-8hb August 2010)

Salam,

Bersama ini disertakan senarai nama pelajar-pelajar yang terlibat didalam program SPIES.
Jika anda BELUM MENDAFTAR , tetapi ingin HADIR atau,
TELAH MENDAFTAR TETAPI TIDAK DAPAT HADIR.
Ini bagi mempastikan mereka yang telah mendaftar akan HADIR.

Terimakasih atas kesudian Kerajaan Negeri Selangor menaja program ini.

Sila ambil maklum makluman program:

JOM SPIES (Sabtu - Ahad / 7 dan 8 hb Ogos 2010)
8 pagi : Pendaftaran, ILSAS (sebelah uniten)
9 pagi : Perasmian oleh YB Dr Halimah Ali
(Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan SUK Selangor) YB Dr Halimah Ali adalah lulusan Ijazah Perubatan dari Universiti Tasmania, Australia dan pernah berkhidmat sebagai doktor di Hospital Klang.

Program JOM SPIES akan berlangsung sehingga 8hb Ogos, Ahad, Jam 6 petang
Pelajar yang tidak terlibat untuk 9hb Ogos, diizinkan untuk checkout asrama di ILSAS selepas jam 6 ptg.

Sila bawa barang keperluan & pakaian secukupnya untuk bermalam sahaja serta buku NOTA. Bantal dan cadar tidak perlu dibawa.

Untuk pelajar premedic : (Isnin, 9hb Ogos 2010)
9-11 pagi: Exam FINAL ANATOMY
12-2 tghri: Sessi Khas bersama Senior
3-4 ptg: Taklimat Sebelum Berangkat
4 ptg: Bersurai

SENARAI NAMA MEREKA YANG DILULUSKAN TERLIBAT DIDALAM PENYERTAAN JOM SPIES 2010
1 Affif Abdul Latiff 2 Ahmad Wafi B Hasbullah 3 Aiman Abdul Latiff 4 Aiman Jusri 5 Aisyah Bt Mat Ariff 6 Al Amin Razak 7 Amalina Hj Amin 8 Amira Bt Mohammad 9 Amrina Hj Halim 10 Ana Farhana Bt Ahmad Rijalullah 11 Anis Nadia Bt. Ismail 12 Anis Salwa Bt Amin 13 Aqilah Bt Roslan 14 Arif Hazwan B Mohd Rozi 15 Ashraf Adily B Gazaini 16 Faezah Hasnor 17 Fakhrur Radzi B Ahmad Fuad 18 Farah Romaina Bt Abd Rahim 19 Farah Wahida Bt Mohd Fauzi 20 Farhana Aisyah Bt Natdzri 21 Fasihah Bt Sulaman 22 Fatimah Amira Bt Zuhairi 23 Firdaus Hayie B Daud 24 Hadi B Othman 25 Hafriz Faliq B Hasnor 26 Hammadah Bt Esmet Sidqie 27 Hani Hanisah bt Ramli 28 Hazirah Bt Abdul Halim 29 Hurun Jannah Bt Abdul Malik 30 Husna Bt Adnan 31 Irsalina Bt Amiruddin 32 Ismail Azry B Mazlan 33 Izzati Syahirah Bt Shaharuddin 34 Kausar Ahmad Rodzi 35 Khadijah Bt Anwar 36 Khairi B Hashim 37 Khiarun Nisa Sulaiman 38 Laily Shafariza Bt Labai 39 Mardhiyyah Bt Hilmi 40 Mohamad Akif B Abdullah 41 Mohamad Amerul B Ahmad Kabri 42 Mohamad Anas Safwan B Ahmad Nasaruddin 43 Mohamad Hanif B Md Nizar 44 Mohd Aliff Mohd Zubir 45 Mohd Zakwan Ilias 46 Muhamad Munauwar B Mokhtar Mohed 47 Muhamad Syahir Bin Ahmad 48 Muhammad Afwan B Solahuddin 49 Muhammad Annas B Zainal 50 Muhammad Fadzil B Rahmat 51 Muhammad Farris B Mohd Hanafi 52 Muhammad 'Uzair B Mohd Jahini 53 Nabila Ilhami Bt Rosidi 54 Nabilla Bt Mohamad Azib 55 Nadhirah Bt Kharudin 56 Nasrullah B Ahmad Mustafa 57 Nawar Nadhrah Bt Abdul Wahid 58 Nik Nadia Bt Nik Mohd Naser 59 Nik Nadia Bt Nik Mohd Naser 60 Noor Hakimah Hidayah Bt Mohd Rahim 61 Noradibah Amirah Bt Norzelan 62 Nur `Atikah Bt Ali Munawr 63 Nur Amira Nabila Bt Mohamad Azlan 64 Nur Amirah Bt Mohammed 65 Nur Farhana Bt Ismail 66 Nur Hanan 67 Nur Ili Aqilah Bt Azzemi 68 Nur Iradah Bt Azami 69 Nur Liyana Najwa Bt Ibrahim 70 Nur Shaera Bt Abd Majid 71 Nur Shahirah Bt Muhammad Shahimi 72 Nur Shaizzaty Bt Ab Malek 73 Nur shifa 74 Nur Syairah Bt Anuar 75 Nur Syamimi 'Izzati Bt Mohamed Rafe'e 76 Nurafifa Bt Zaharudin 77 Nurfarah Nadhira Bt Fadhil 78 Nurul Afifah Bt Rosman 79 Nurul Afiqah Bt Norhusaini 80 Nurul Ain Bt Wan Sabri 81 Nurul Aini Izzati Bt Rodzi 82 Nurul Asyikin Bt Yahya 83 Nurul Dalilah Bt Burhanuddin 84 Nurul Raudah Bt Mohd Jubri 85 Omar B Mohamad Yunos 86 Puteri Nuraine Ayu Bt Mohamed Nasir 87 Rizwan Hafiz B Taib 88 Sharifah Nabilah Bt Syed Mohd Hamdan 89 Sharifah Nur Atikah Bt Syed Abdullah 90 Siti Hajar Bt Mohd Yunus 91 Siti Halimah Bt Abdul Rahim 92 Siti Nor Adila Bt Muhammad Idrus 93 Siti Nur Azlina Bt Zolkefle 94 Syahidah Rozinah Liyana Bt Ahmad 95 Taqiah Borhan 96 Tengku Nurlisa Bt Tengku Azelan Shah 97 Wan Nurul Aida Bt Wan Nasrudin 98 Zaiyan Masturah Bt Mohd Yasin 99 Zur Nadia Fhatihah Bt Zulkifli 100 Zulkifli Zain

Alhamdulillah dan Insyallah jumpa di JOM SPIES

salam,
ummiMM