Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Monday 20 December 2010

Pengeposan DOKUMEN ke Malaysia untuk Disember 2010

Salam,

Sila ambil maklum, untuk bulan Disember 2010, sebarang dokumen yang hendak dibawa pulang dari Mesir ke Malaysia. Sila serahkan dokumen ke ketua pelajar masing-masing sebelum 30hb Disember 2010. Sila masukkan didalam envelope dengan nama dan alamat keluarga masing-masing untuk tujuan pegeposan di Malaysia.

Harap Maklum,
ummiMM

Urusan zakat sesi 2010

Salam,
Sila ambil maklum, semua pelajar Tahun 1 (atau mana-mana yang masih tidak mendapat Tajaan) dikehendaki menyerahkan borang zakat negeri masing-masing sebelum 31hb Disember 201o.

Sebagai makluman tambahan , terutama untuk pelajar Tahun 1:
1. Salinan VISA yang dimaksudkan oleh pihak zakat adalah pengesahan 'chop visa' semasa kemasukan ke Mesir. Ini adalah sebagai pengesahan pelajar telah sampai ke Mesir.

Pelajar dinasihati 'scan' dokumen masing-masing terus kepada ibubapa pelajar untuk diserahkan ke pusar zakat masing-masing sebelum 31hb Disember 2010.

Sebarang persoalan mengenai perkara ini, sila email ke medicmesir@gmail.com

Harap Maklum

Salam,
ummiMM


Friday 17 December 2010

Yuran Pengajian Universiti Sesi 2010-11

Assalamualaikum wbt.

Sukacita bersama ini disertakan makluman mengenai pembayaran yuran bagi sesi pengajian 2010-2011. Segala pertanyaan, sila berhubung melalui BORANG PERTANYAAN YURAN PENGAJIAN ini.

Segala pertanyaan mengenai yuran sila berhubung dengan En Aliff di talian 03 89459030.

Kadar YURAN

Universiti

Program

Tahun

Kadar

Jumlah (RM)

Alexandria

Perubatan/ Pergigian

1/2

8000USD

25,600

AlAzhar

Perubatan/ Pergigian

1

2000USD

6,400

Perubatan/ Pergigian

2

8000USD

25,600

Tanta

Perubatan

1

3000USD

9,600

Perubatan

2

8000USD

25,600

Pergigian

PreDental

3000GBP

15,000

Mansoura

Manchester

1

2000USD

6,400

Manhester

2

8000USD

25,600

Manchester

3

3000GBP

15,000

Regular

3

1800GBP

9,000

Dentistry

1/2

1800GBP

9,000

Zagazig

Farmasi

1

2500USD

8,000

2

5000USD

16,000

*jumlah didalam RM adalah mengikut kadar semasa. Sebarang perubahan akan dimaklumkan melalui blog MedicMesir.

Tarikh Akhir Bayaran

Alexandria : 1hb Mei 2011

Mansoura / Azhar / Tanta / Zagazig : 5hb Januari 2011

(Atas beberapa sebab, MedicMesir tidak menguruskan sebarang pembayaran yang dibuat semasa cuti musim panas)

Bayaran melalui KWSP

Pelajar yang membayar melalui pengeluaran KWSP dibenarkan untuk membayar lewat (selewat-lewatnya sebulan dari tarikh diatas), tetapi perlu memaklumkan MedicMesir melalui borang diatas. Surat KWSP dari universiti akan mula di email bermula 21hb December 2010 (bagi yang telah memohonnya terdahulu). Sila ambil maklum, KWSP akan mengeluarkan deraf atas nama Universiti masing-masing.

Cara Pembayaran

Cara Pertama: Bayaran melalui MedicMesir.

1. Masukkan jumlah didalam RM diatas ke akaun MedicMesir.

2. Nama Akaun: ‘CampusCity Management’ , Maybank, 512802506800

3. Fax bank in slip ke 0389423827. Nyatakan Nama pelajar / Uni / Tahun/ Alamat untuk tujuan pengeposan resit / No HP untuk tujuan pengesahan penerimaan fax.

4. Resit hanya dikeluarkan dalam masa 1 bulan.

Cara Kedua: Penyediaan Deraf oleh Keluarga Pelajar

1. Sediakan bank deraf luar negara mengikut jumlah USD atau GBP diatas.

2. Anda sama boleh menyerahkan kepada anak di Mesir atau mengeposkan deraf tersebut ke pejabat MedicMesir.

3. Salinan penerimaan akan diposkan. Oleh itu pastikan, nama pelajar ditulis dibelakang deraf yang disediakan. Sila nyatakan alamat untuk tujuan pengeposan penerimaan deraf tersebut.

4. Nama Penerima Cek:

Alexandria: Alexandria University

Mansoura: Mansoura University

Al Azhar: President, Al Azhar University

Zagazig: Zagazig University

Tanta: (Perubatan) : Dean, Faculty of Medicine, Tanta University

(Pergigian): Dean, Faculty of Dentistry. Tanta University


Semoga maklumat ini membantu. Insyallah

Salam Ikhlas,UmmiMM @ Siti Haniza Mohd Nazri

Wednesday 8 December 2010

Menghayati Hijrah !

Salam Hijrah buat anak-anak Ummi semua ..


Alhamdulillah kita di ketemukan lagi dengan 1 Muharram 1432. Dan sewajarnya kita menghayati dan memperkukuhkan hijrah kita yang lalu. Dari sudut geografi nya anak-anak semua telah pun berhijrah merantau jauh ke bumi Mesir ini. Oleh itu, walaupun berjauhan dari ayah dan ibu, kita semestinya sentiasa memperkasakan iman dan taqwa. Panjatkan doa untuk mereka. Ingatlah hijrah ini adalah juga satu pengorbanan untuk mereka.


Anak-anak yang disayangi...

Mengambil kesempatan tahun baru hijrah ini, marilah kita mengislahkan diri, melihat mana-mana sudut yang boleh diperbaiki. Sebagai seorang mahasiswa kita perlu sentiasa peka bukan sahaja terhadap teknologi dan penemuan baru, tetapi juga perlu sentiasa membaiki akhlaq, hormat-menghormati terhadap teman-teman apatah lagi pensyarah yang menjadi sumber utama kita memperolehi ilmu. Lantaran itu adab-adab ‘berteman’ dan ‘berguru’ perlu kita hayati dengan sebaik mungkin agar keberkatan dapat mengiringi pergaulan dan pengetahuan yang kita perolehi.

Adalah amat wajar untuk anak-anak semua merendah diri dengan para pensyarah. Memuliakan guru amat di tekan oleh Islam. Hormati dan muliakan mereka baik di bilik kuliah mahupun diluar. Berikan salam terlebih dahulu jika berseliseh di jalanan, jangan meninggikan suara jika berbicara, jangan mengejek atau mentertawakan pendapatnya apatah lagi memburukannya di hadapan orang lain. Semasa di kuliah hormatilah pensyarah dengan tidak bercakap-cakap di belakang, tidak keluar tanpa izinnya, jika perlu berdiri jika ingin bertanya, dan mengucapkan terimakasih setelah selesai kuliah.

Anak-anak yang dikasihi.....

Jadikan awal Muharram ini sebagai titik tolak untuk memperbaharui tekad yang lalu. Jika ada antaranya bertekad untuk tidak ponteng kelas, maka perkukuhkan azam ini. Hargailah ilmu. Menghadiri majlis ilmu diibaratkan seperti pergi ke ‘taman-taman syurga’. Jangan sempitkan pengertian majlis ilmu. Ia bukan terbatas kepada program ‘smart-circle’, liqa, usrah atau ceramah. Ilmu Allah itu maha luas. Menghadiri kuliah juga menghadiri majlis ilmu. Lantaran itu hadirilah kuliah kerana ia juga adalah taman-taman syurga. Jangan biarkan diri menonton dari jauh. Lantaran itu kita harus bijak mengatur waktu dan mengemudi diri sebagai seorang mahasiswa. Jangan biarkan aktiviti sosial, khususnya di FaceBook, mengganggu ketepatan masa menghadiri majlis ilmu serta melalaikan fokus kita didalam majlis ilmu tersebut.


Anak-anak yang di hargai....

Di kelangsungan kita menuntut ilmu kedoktoran... wajarlah juga ia di hiasi dengan ilmuan yang menjurus kearah akhirat. Kerana itulah matlamat akhir kita. Berilah ruang waktu untuk kita menghadirkan diri dalam program-program yang mematangkan iman dan taqwa. Aktiviti ini amat perlu kerana tanpanya kita khuatir iman kita semakin luntur. Iman perlu sentiasa di pertingkatkan. Peningkatan ilmu akhirat akan menjadikan kita Doktor Muslim yang membezakan kita dengan doktor-doktor biasa yang lain. InsyaAllah.


Akhir kalam, Selangkah kita mencari Allah berkali langkah Allah mendekati kita, berjalan kita mencari Allah berlari Allah mendekati kita.


Salam Ma’al Hjrah.

Salam Sayang dan Sayang,

ummiMM

I Muharram 1432