PENDAFTARAN MASIH DIBUKA. DAFTAR ONLINE DAN EMAIL SLIP SPM ke MEDICMESIR@gmail.com. SILA KE TAKLIMAT SABTU, 15HB JUNE 2013 dan SETIAP SABTU di FAKULTI PERUBATAN, UPM SERDANG

Tuesday, 18 January 2011

TAKZIAH kepada keluarga Allahyarhamah Nurul Iman

Innalillahiwainnailaihirojiun.......

MedicMesir mengucapkan TAKZIAH kepada warga Alexandria serta keluarga Allahyarhamah Nurul Iman binti Ab Alim, pelajar Tahun 3, Alexandria University, tajaan MARA, yang telah kembali kerahmatullah pagi tadi akibat keracunan gas. Sama-sama kita berdoa agar rohnya ditempat bersama roh mereka yang beriman.

Diharap semua pelajar di Mesir mengambil iktibar atas kejadian ini. Sebagai peringatan, sebaiknya mana-mana tandas yang mengunakan sistem pemanas air yang mengunakan sistem gas sentiasa membiarkan sebahagian tingkap bilik air sentiasa dibuka. Sama-sama kita mempastikan keselamatan diri kita samada didalam dan diluar rumah.

Berita lanjut baca di link http://iskandariah.perubatan.org/v1/pelajar-meninggal-dunia-akibat-keracunan-gas-pemanas-air

AlFatihah

Salam, UmmiMM

1 comment: