Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Tuesday 1 February 2011

Makluman dari Ummi di Cairo

1hb Feb. 8pagi, satu mesyuarat telah diadakan di Rumah Negeri Pahang dipengerusikan oleh SetPol PM, Dato' Sahlan, dgn di hadiri oleh Menteri Penasihat Tn. Hj Saharudin Hassan, Setiausaha Kedua Samsul Kahar dan pegawai-pegawai negeri serta Ummi MedicMesir. Antara yang diputuskan adalah:-
1. Mengeluarkan semua pelajar keluar dari Mesir secara berperingkat
2. Mempastikan keselamatan pelajar terjamin. Untuk itu beberapa penempatan telah dikenal pasti iaitu:-
  • Kaherah : Dewan Malaysia dan rumah-rumah negeri
  • Alexandria : Bngn MARA
  • Mansoura : Bngn Yayasan Terengganu
  • Tanta : Bngn MedicMesir
Semua bangunan ini akan dijadikan penempatan sementara. Sekiranya keadaan semakin meruncing pihak kedutaan akan menambahkan tahap keselamatan di setiap bangunan ini.

3. Kerajaan Malaysia dalam masa terdekat akan berusaha untuk mendapatkan stok makanan yang secukupnya dan akan diagihkan mengikut muhafazah masing-masing
4. Semua pelajar diminta mematuhi SOP yang ditetapkan antaranya tidak keluar pada waktu yang diwartakan sebagai "waktu berkurung"
5. Pihak kedutaan dan kerajaan Malaysia akan mempastikan kebajikan semua pelajar terjamin TANPA mengira latarbelakang negeri asal dan tajaan.
6. Semua wakil muhafazah perlu membekalkan data maklumat yang tepat kepada pihak kedutaan
7. Jika perlu pihak kedutaan akan menyewa bangunan tambahan untuk menampung jumlah bilangan pelajar yang ramai
8. Memandangkan pemindahan pelajar bukan satu proses yang mudah, maka, segala urusan logistik dan pergerakan perlu kepada perancang yang tersusun.
9. Mesyuarat juga dimaklumkan akan terdapat makluman yang disebarkan di Malaysia sebagai tidak benar. Oleh itu, adalah dinasihatkan agar semua pihak bertanggungjawab mempastikan kesahihan fakta sebelum dihebahkan. Antaranya:-
  • Ada pelajar Malaysia di rogol.
  • Rumah negeri Sabah di bom
  • Airport Alex di bom
  • Pelajar mati di tembak, dan banyak lagi...
10. Akhirnya, Pengerusi, YBhg. Dato Sahlan, berharap agar kemelut ini akan berakhir dalam masa terdekat. Mohon semua berdoa agar diberi kelancaran proses yang dirancang.

Salam Ikhlas
UmmiMM, dari Kaherah.