Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Sunday 13 February 2011

Tarikh pulang ke Mesir ????

Salam,

Sungguhpun semua universiti telah mengumumkan tarikh pemulaan kuliah masing-masing, tetapi, masih BELUM ADA ada pengumuman rasmi oleh kerajaan Malaysia mengenai tarikh dibenarkan pulang ke Malaysia. Ini juga kerana penerbangan terakhir Ops Piramid hanya akan sampai pada hari Selasa hadapan. InshaAllah, pengumuman rasmi dari kerajaan Malaysia dijangka akan diadakan dalam masa 1 minggu selepas rombongan pegawai dari Kementerian Pengajian Tinggi kembali dari lawatan ke Mesir minggu hadapan.

InshaAllah UmmiMM akan turut bersama diMesir minggu hadapan. Semoga ianya memberi sedikit sebanyak gambaran terkini mengenai isu keselamatan.

Oleh itu semua pelajar dan ibubapa diharap bersabar sebelum membuat tindakan masing-masing.

Teruskan berdoa agar Allah swt memberikan yang TERBAIK buat umat Islam di Mesir. Ameen.

Salam,
ummiMM, Sheffield

No comments:

Post a Comment