Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Tuesday 15 February 2011

TERKINI Ops Piramid dari UmmiMM dari Heathrow Airport!

Salam....semua anak2 yang disayangi,

InshaAllah Ummi akan ke masuk ke Mesir hari ini dan akan membuat lawatan dengan beberapa pegawai dengan bantuan pihak Kedutaan Malaysia. Sila ambil maklum akan beberapa perkara dibawah:

Tarikh permulaan kuliah
1. Semua universiti telah mengumumkan tarikh permulaan kuliah masing-masing. Ini adalah tarikh yang telah diistiharkan oleh pihak universiti.
2. Namun, pihak kerajaan masih belum mengistiharkan tarikh dibenarkan pulang keMesir. Kita perlu faham, semua pelajar Mesir akan mengambil kira tarikh yang diistihar oleh kerajaan dan bukan tarikh yang ditetapkan oleh pihak Universiti.

Tiket pulang ke Mesir
3. Buat masa ini, MedicMesir hanya mengumpul nama-nama untuk tempahan tiket . Sila pastikan anda telah berdaftar disini .http://www.medicmesir.com/2011/02/tiket-diskaun-pulang-ke-mesir-dan-bas.html. Sila ambil maklum bahawa buat masa ini MedicMesir tidak membuat apa2 tempahan dengan pengesahan mana-mana tarikh perjalanan yang spesifik tetapi telah berunding dengan beberapa airline untuk tujuan penempahan sebaik aja mendapat tarikh untuk pulang.

4. Pengangkutan PERCUMA disediakan kepada pelajar untuk destinasi ke Alexandria, Mansoura, Tanta, Zagazig dan ke Kaherah. Pengangkutan terhad kepada yang pulang secara kelompok untuk memudahkan urusan perjalanan. Ini adalah perlu kerana kebanyakkan pelajar terutamanya, pelajar-pelajar Dirasat masih bercuti di Malaysia dan kemungkinan untuk pulang lebih lewat dari pelajar perubatan.

5. Oleh itu, pelajar diminta untuk bersiap sedia untuk pulang pada bila-bila masa sahaja.

Tujuan Lawatan

1. Meninjau dan mengemukakan kepada Sekretariat Ops Piramid tarikh cadangan yang selamat untuk pulang ke Mesir.

2. Menerangkan kepada pihak universiti yang telah menetapkan tarikh yang begitu awal , (seawal 19hb Feb 2011 untuk Mansoura University), untuk mencadangkan tarikh yang lebih lewat dan mengambil kira tarikh cadangan dari kerajaan Malaysia. Ini adalah kerana kumpulan terakhir Ops Piramid akan sampai di Malaysia hari ini, Selasa, 15hb Feb 2011.

3. Mendapatkan pengesahan tarikh peperiksaan bagi universiti yang masih belum menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Pengesahan tarikh ini penting terutama didalam kes:

a. Peperiksaan Program Pergigian Mansoura dan AlAzhar yang akan berlangsung akhir Februari 2011.
b. Peperikasaan Program Perubatan Tanta University yang akan berlangsung pada awal mac 2011.

4. Khas untuk kes Tanta University.
Isu peperiksaan di Malaysia. Pada asalnya pihak Tanta University telah bersetuju dengan cadangan ini dan MedicMesir telah juga mendapatkan kebenaran tempat untuk menjalankan peperiksaan tersebut. Modus operandi asalnya adalah agar pihak Tanta University berhubung secara terus mengenai urusan peperiksaan dengan KPT.
UmmiMM telah berbincang dengan Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato Khaled Noordin dan pihak KPT tidak ada masalah mengenai hal ini. Namun, status terkini, UmmiMM dimaklumkan oleh pihak dekan Universiti bahawa wakil pelajar telah menemui dekan dan memaklumkan bahawa pelajar tidak ada masalah untuk pulang dalam masa terdekat dan akan menduduki peperiksaan pada tarikh yang ditetapkan.
Oleh itu, bagi tidak menimbul mana-mana konflik, MedicMesir akur akan pilihan pelajar untuk mengambil peperiksaan di Mesir. Bagaimanapun, MedicMesir akan menghantar makluman terkini setelah lawatan ini selesai. InshaAllah. Doakan ianya sesuatu yang terbaik untuk semua.

Semoga lawatan ini menghasilkan natijah yang terbaik untuk semua. Doakan agar semuanya berjalan dengan lancar. Ameen.

Salam,
UmmiMM, London Heathrow Airport
15hb Feb 2011, 10am











2 comments:

  1. salam,saya ingin tahu samada wakil pelajar tersebut membuat keputusan majoriti? saya selalu berhubung dgn ibubapa pelajar lain tapi tidak tahu menahu tentang perjumpaan wakil pelajar tersebut.
    Dr.Wan Norlida Ibrahim

    ReplyDelete
  2. salam ummi.
    saya wakilkam kak yani.
    kyani nk mnx tlg ummi tnykan pasal final exam sem 8 mansoura manchester.
    tarikh exam diorg 3hb march.
    then diord ad 2 case lg tak habis.
    kyani tny boleh tak ummi tlg tnykn dr saed?

    ReplyDelete