PERMOHONAN SESI 2014 UNTUK KE MESIR. JIKA ANDA INGIN MERAYU SILA BERHUBUNG TERUS KEPADA CIK MAIMUNAH DI 0133023030

Monday, 28 February 2011

VISA PELAJAR KEMASUKAN KE MESIR

Assalamualaikum wbt,
Berikut adalah sedikit makluman mengenai urusan VISA kemasukan ke Mesir.

Kategori A: Paspot BARU
Bagi kes yang memegang paspot baru, samada selepas kes pasport lama tamat atau hilang,
dinasihatkan agar anda memohon VISA dari Malaysia. Beberapa kes yang masuk 2-3 hari kebelakangan ini berhadapan dengan karenah birokrasi kemasukan ke Mesir. Ini sesuatu yang tidak pernah berlaku.

Kategori B: Pelajar Alexandria
Bagi kes pelajar Alexandria, yang masih tidak mempunyai VISA yang 'hidup' semasa kemasukan ke Mesir. YA, anda boleh memperolehi VISA ON ARRIVAL selama sebulan. Tetapi, kebiasaannya, VISA di Universiti Alexandria memakan masa yang agak lama bebeza dengan muhafazah lain. Oleh itu, dinasihat agar mendapatkan VISA 3 BULAN dari Malaysia.

Kategori C: Lain-lain pelajar
Samada anda mempunyai VISA yang masih hidup atau pemegang paspot selain Alexandria Universiti, anda TIDAK perlu mengambil VISA di Malaysia. Ini kerana urusan VISA di muhafazah-muhafazah ini amat mudah untuk diperolehi.

Ini hanyalah pandangan MedicMesir, tetapi, TIDAK MENJADI sebarang halangan untuk memperbaharuinya di Malaysia yang memberi 'VISA pelajar' selama 3 bulan dan 'VISA ON ARRIVAL' selama 1 bulan.

---------------------------------------------------------------------------------------------
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMPROSES VISA DI MALAYSIA :-
1) Original passport
2) Salinan surat tawaran/ pengesahan universiti
3) Salinan muka depan paspot
4) Salinan muka VISA terdahulu
5) Gambar paspot 'background putih' berukuran 6x4cm
6) Bayaran tepat RM67

Proses mengambil masa 3-4 hari. Untuk maklumat lebih lanjut boleh berhubung terus dengan pihak Embassy Mesir:
12 Jalan Ru off Jalan Ampang Hilir, Kuala Lumpur
03-42568184 / 03-42568745
03-4573515 (fax)
egyembkl@tm.net.my

Semoga maklumat ini membantu. Ameen

Salam,
UmmiMM

No comments:

Post a Comment