Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Wednesday 30 March 2011

RM300,000 PERUNTUKAN MEDICMESIR UNTUK BANTUAN PINJAMAN YURAN PENGAJIAN DI MESIR

Assalamualaikum wbth,
Semoga anak-anak MM berada didalam pemeliharaan Allah swt dan sentiasa diberi kekuatan bermuhajadah untuk berhadapan dengan imtihan FINAL 2011 dalam 3-4 bulan lagi.

Berhubung dengan yuran, seperti tahun-tahun sebelum ini, MedicMesir akan cuba membantu mana-mana pelajar yang memerlukan bantuan dan mempunyai potensi untuk berjaya dengan baik. Oleh itu, Alhamdulillah, untuk tahun 2011, MedicMesir memperuntukan sebanyak RM300,000 untuk tujuan yang sama.

Oleh itu, mana-mana pelajar yang memerlukan perkhidmatan MedicMesir untuk mendapatkan PINJAMAN YURAN PENGAJIAN yuran atas apa sebabpun diminta untuk mengisi permohonan dilink ini.

Tarikh Tutup permohonan adalah Sabtu 2hb April dan anda akan dihubungi dalam masa 48 jam setelah permohonan tutup. Pinjaman ini TERHAD kepada pelajar yang sudah berada di Mesir. UmmiMM akan menyerahkan sendiri yuran yang diluluskan ke pihak Universiti minggu hadapan. InshaAllah.

KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA MEREKA YANG:
a. Cemerlang Tahun 1
b. Aktif program pelajar MedicMesir di muhafazah masing-masing.
Keutamaan diberi kepada pelajar Tahun 2.
Kepada pelajar agensi selain MedicMesir (terutamanya di Mansoura) yang telah mendapatkan perkhimatan pinjaman untuk bayaran yuran sebelum ini, diminta untuk berhubung dengan UmmiMM dengan kadar segera untuk penyelarasan pinjaman.

Shukran. Semoga usaha ini membantu kejayaan anak-anak di Mesir.

Salam Sayang,
UmmiMM


1 comment:

  1. TERBAIK, MedicMesir. Semoga Allah swt merahmati dan memberikan rezki yang melimpah ruah. Amin

    ReplyDelete