Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Thursday 31 March 2011

JOM! Mumtaz 2011 ~ Peruntukan tambahan 100,000LE untuk penggal kedua Sesi 2010/2011

Assalamualikum wbth,
Semoga semua anak-anak MM di Mesir sentiasa berada didalam pemeliharaan Allah swt. Ameen. Alhamdulillah, kuliah pun sudah bermula dan InshaAllah, momentum untuk berhadapan dengan imtihan FINAL bagi sesi 2010/2011 telah mula dirasai.

Pada awal sesi 2010/11, MedicMesir telah melancarkan peruntukan sebanyak 100,000LE untuk tujuan pembangunan akademik dan program pelajar http://www.medicmesir.com/2010/09/peruntukan-100000le-untuk-program.html. Alhamdulillah, peruntukan telah diMANFAAT SEPENUHNYA dan HABIS DIBELANJAKAN sehingga akhir Januari 2011.

Bagaimanapun, Revolusi Mesir, bermula pada 25hb Januari sedikit sebanyak telah memaksa kita menerima perubahan 'timeline' akademik dan jadual peperiksaan. Tidak benar, jika kita nafikan yang musibah ini tidak menganggu EMOSI serta MOMENTUM! 'kita'. Bagaimanapun, Alhamdulillah, semoga musibah ini mendatangkan kebaikan untuk kita serta saudara Muslim kita dibumi anbiya Mesir. "Manusia merancang, dan Allah juga merancang.Dan perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan."

Bagi mengembalikan MOMENTUM serta SEMANGAT JOM! MUMTAZ terutama dikalangan anak-anak Tahun 1, MedicMesir sekali lagi mengumumkan peruntukan khas JOM! Mumtaz untuk sesi penggal kedua 2010/2011.
Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, MedicMesir memperuntukan tambahan 100,000LE untuk tujuan ini.

Fokus utama JOM! Mumtaz adalah untuk memastikan kejayaan dan kecermelangan akademik semua pelajar-pelajar MM. Oleh itu, semua EXCO Pelajar disetiap muhafazah perlu menyediakan Kertas Cadangan JOM! Mumtaz. Sila ambil maklum syarat memperolehi peruntukan ini:

1. EXCO disetiap muhafazah perlu mengadakan mesyuarat perancangan akademik masing-masing dan membentangkannya didalam mesyuarat bersama UmmiMM pada minggu hadapan. Hanya kertas cadangan yang dibentangkan didalam mesyuarat tersebut yang akan dipertimbangkan dan diluluskan didalam mesyuarat.
2. Peruntukan diluluskan mengikut cadangan muhafazah masing-masing. Oleh itu, pelajar diharap dapat memanfaatkan peruntukan yang diberikan dengan FOKUS terhadap program yang meningkatkan prestasi akademik.
3. FOKUS diberi kepada pelajar Tahun 1. Ini bagi memastikan prestasi dan kecemerlangan TERBAIK akademik Tahun 1 bagi memudahkan urusan tajaan.

Diharap ketua di muhafazah masing-masing serta ketua akademik mengadakan mesyuarat perancangan masing-masing dengan kadar segera. Semoga suntikan tambahan peruntukan 100,000LE ini menyuntik MOMENTUM Kempen JOM! Mumtaz 2011. Rabunna Yusahhil. Allahuma Ameen.

Salam Sayang,
UmmiMM, yang mengharapkan anak2nya MUMTAZ!






No comments:

Post a Comment