Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Monday 7 March 2011

Pelajar MAIDAM Terengganu!

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dalam mesyuaratnya pada 20 Februari 2011 telah bersetuju untuk membiayai sebahagian kos tambang kembali ke Mesir kepada pelajar-pelajar tajaan MAIDAM berjumlah 300 orang.


2. Memandangkan YAB Dato’ Seri Menteri Besar telah pun mengeluarkan kenyataan bagi menyediakan sebuah kapal terbang sewa khas bagi membawa pelajar-pelajar kembali ke Mesir, MAIDAM akan mengguna kemudahan ini. Kadar bayaran sebanyak RM 1,500,00 seorang pelajar akan dibayar bagi membiayai sewa khas ini. Jumlah keseluruhan peruntukan ialah RM 450,000,00. Tarikh berlepas dan urusan penerbangan akan dimaklumkan oleh pihak Kerajaan Negeri.

3. Bagi persiapan pelajar untuk berangkat ke Mesir, MAIDAM akan membantu menguruskan permohonan Visa dari Kedutaan Mesir. Oleh itu pelajar diminta hadir pada 8 Mac 2011 mulai jam 9.00 pagi untuk urusan mengambil gambar Visa yang diurus oleh MAIDAM (jurugambar disediakan) di pejabat MAIDAM. Urusan ditanggung oleh MAIDAM :-

i) Menyediakan jurugambar (untuk gambar Visa).
ii) Menyediakan borang Visa.
iii) Menanggung kos gambar dan caj permohonan Visa.
iv) Mengumpul dan mengurus permohonan Visa dengan pihak kedutaan.
v) Fotostat bahagian hadapan passport.
vi) Fotostat kad matrik / surat lapor diri universiti.
vii) Fotostat cop keluar airport Kaherah atauIskandariah.

4. Pelajar tajaan MAIDAM yang akan kembali semula ke Mesir diminta hadir sendiri dan bawa bersama Passport Antarabangsa untuk urusan permohonan Visa. Sebarang penjelasan lanjut boleh berhubung denganUstaz Nazli Amirri bin Ngah nombor telefon pejabat 09-6303030 atau013-981 1898.


Ketua Pegawai Eksekutif,
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu.
06 Mac 2011


No comments:

Post a Comment