Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Thursday 3 March 2011

Penerbangan terus anak negeri Terengganu ke Mesirir


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0303&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_07.htm

KUALA TERENGGANU 2 Mac - Kerajaan negeri akan membiayai penghantaran pelajar anak negeri untuk kembali menyambung pengajian di Mesir dengan penerbangan terus dari sini.
Ia suatu khabar yang melegakan buat pelajar tajaan kerajaan negeri dan juga pelajaran persendirian di samping keluarga mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri sedang berurusan dengan Penerbangan Malaysia (MAS) untuk menyediakan pesawat sewa khas 747 bagi menampung keperluan.
Beliau mengumumkan keputusan itu selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Seramai 621 pelajar yang balik dari Mesir ekoran konflik di negara itu mendaftar dengan kerajaan negeri, termasuk 308 orang yang menuntut di negara berkenaan secara persendirian.
Katanya, kerajaan negeri akan menanggung kos penerbangan balik semua pelajar tajaan Yayasan Terengganu, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan pelajar persendirian.
''Sementara itu kos penerbangan bagi 46 pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam dan 52 pelajar yang ditaja oleh Mara akan ditanggung oleh penaja masing-masing," katanya.
Sehubungan itu juga, katanya, bagi menyegerakan urusan itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, akan mengadakan rundingan susulan dengan pihak pengurusan MAS beberapa hari lagi.
"Dalam perbincangan itu juga kita akan menentukan kos sewa pesawat dan tarikh mereka akan diterbangkan ke Mesir," ujar beliau.
Ahmad menjelaskan, tarikh penerbangan belum dapat diputuskan kerana kerajaan negeri akan mengambil kira pandangan Majlis Keselamatan Negara tentang keadaan keselamatan di negara berkenaan dan tarikh kebanyakan universiti mula dibuka.
Sementara itu, beliau juga memberitahu, pengagihan bantuan seragam sekolah bagi tahun ini yang tertangguh dan dilaksanakan pada pertengahan bulan ini.
Katanya, pemberian bantuan tahunan itu pada tahun ini melibatkan 109,219 pelajar di sekolah rendah dan menengah yang berkelayakan berasaskan pendapatan keluarga RM1,200 ke bawah.
Menurut beliau, ia melibatkan perbelanjaan hampir RM11 juta dengan setiap pelajar menerima RM100 bagi tujuan tersebut, tidak termasuk pengurusan lain.
Kerajaan negeri sebelum ini menangguhkan sementara pengagihan bantuan berikutan berlaku pertindihan permohonan bagi mendapatkan bantuan itu.
Kerajaan negeri mengesan berlaku pertindihan permohonan yang membabitkan seramai 2,654 pelajar sekolah rendah dan menengah di negeri ini apabila permohonan dibuat oleh ramai anggota keluarga bagi pihak pelajar.

No comments:

Post a Comment