Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Tuesday 1 March 2011

Pulau Pinang - Pembelian Tiket Penerbangan Mestilah Melalui BKPPPM

Pulau Pinang, 1 Mac - Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir, BKPPPM mengumumkan segala urusan tiket penerbangan ke Mesir hendaklah melalui pihak yang dilantik oleh BKPPPM, iaitu saudara Mohamad Hafiz bin Abdul Aziz ( 0134016892) dan saudara Faqrurrozi bin Abdullah ( 0134870691 ).


Keputusan ini dibuat kerana pihak Pusat Urus Zakat (PUZ) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah mengamanahkan kepada BKPPPM untuk menguruskan pembelian tiket penerbangan ke Mesir. Pemusatan ini juga bertujuan untuk memudahkan segala urusan pembelian tiket serta untuk menyelaras maklumat pelajar bagi memudahkan urusan menyambut pelajar di Mesir.

Pelajar yang ingin membuat tempahan tiket, boleh hubungi saudara Mohamad Hafiz bin Abdul Aziz dan saudara Faqrurrozi bin Abdullah sebelum 6 Mac 2011.

BKPPPM juga menasihatkan kepada semua ahli supaya memperbaharui visa sebelum berangkat ke Mesir dan BKPPPM akan menguruskan visa bagi semua pelajar yang membuat tempahan.

No comments:

Post a Comment