Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Wednesday 21 March 2012

PERUNTUKAN 500,000LE UNTUK PROGRAM JOM! MUMTAZ SESI 2012

Bismillahirahmanirahim.....Assalamualaikum wbth,


1. Syukor Alhamdulillah atas nikmatnya anak-anak di Mesir kini berada di penggal kedua sesi pengajian 2011/2012. Alhamdulillah, dengan izinnya juga banyak program yang telah dijalankan sepanjang tahun 2011.  ALHAMDULILLAH.  Pelbagai kejayaan program yang tak tersenarai disini, kesemuanya, tidak akan mampu dilaksana dengan baik tanpa komitmen anak-anak MM sendiri serta pihak-pihak selain MM yang terlibat didalam membantu perlaksanaannya . Tahniah dan Alhamdulillah.  Semoga pengalaman berharga,  suka duka melaksanakan program-program ini akan mempercepatkan 'proses pembelajaran dan kedewasaan' anak-anak didalam persediaan menjadi Doktor Muslim yang mampu mengalas amanah untuk memperkasakan Ummah.

2. JOM! Mumtaz adalah program yang dijalankan oleh pelajar dan untuk pelajar. Berjaya atau tidak perlaksanaannya bergantung kepada kerjasama sesama pelajar-pelajar sendiri. Ummi dan juga warga MM hanya mampu memberi cadangan dan galakan semata.  JOM! Mumtaz yang telah berjalan selama 3 tahun, Alhamdulillah telah menampakkan kejayaannya sekarang. Alhamdulillah. Ianya bukan sesuatu yang mudah, bukan semua pelajar yang berminat untuk keluar dari 'Comfort Zone' masing-masing juga.  Tetapi bagi mereka yang bersungguh-sungguh untuk berjaya, ianya telah menunjukkan hasil yang positif.  JOM! Mumtaz ini amat bermakna terutamanya bagi anak-anak yang berada di Tahun 1. Keputusan Tahun 1 amatlah penting bagi memastikan kelayakan dipenuhi untuk mendapatkan tajaan.  Tapi, jangan sesekali membataskan kejayaan JOM! Mumtaz  dari sudut kecemerlangan akademik semata-mata. Mumtaz hakiki yang kita cari pasti untuk dunia dan akhirat. Ameen. Allah Yusahhil ! InshaAllah

3. JOM! Mumtaz terbahagi kepada 2 komponen penting iaitu :-


A. Aspek akademik dan
B. Aspek pembangunan rohani dan jasmani
Kedua-dua aspek ini penting bagi mengimbangi maklamat kehidupan di dunia dan akhirat.  Apatah lagi, bagi bakal Doktor Muslim yang akan berhadapan dengan pelbagai masalah Ummah yang menuntut anak-anak menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk kehadapan berperanan didalam masyarakat. Bukan sekadar menjadi pengikut, tetapi kehadapan sebagai pemimpin didalam 'zon pimpinan mereka'.

4. Sebagai agensi yang bertanggungjawab membawa anak-anak MM ke Mesir dan sebagai agensi yang paling ramai menghantar pelajar perubatan ke Mesir buat 3 tahun berturut-turut, maka peruntukan ini diberi sebagai pendorong kepada kejayaan dan kecemerlangan anak-anak MM dunia dan akhirat.  Ianya juga tanda terimakasih MM kepada anak-anak yang memilih untuk keMesir melalui MM.

5. Oleh itu anak-anak MM disaran mengambil peluang memanfaatkan peruntukan ini.  Antara prosedur yang perlu dilakukan adalah:-
a. Perancangan program serta permohonan budget untuk tahun 2012 perlu dihantar kepada Ummi melalui ketua muhafazah masing-masing.
b. Perancangan program serta kelulusannya  mesti dilakukan didalam exco tertinggi di muhafazah masing-masing.
c. Setiap muhafazah perlu mempunyai tanzim MM yang tersusun dan jelas portfolio perlaksanaanya.


6. Antara perbelanjaan yang boleh dipohon untuk permohonan Peruntukan JOM! Mumtaz 2012:-


A. Program Akademik
- Ini termasuk Program Tutorial Tambahan, 'Mock Practical' dan seumpamanya.
- Makanan sempena imtihan juga termasuk didalam kategori Program Akademik.  Ini adalah kerana makanan percuma sempena imtihan adalah untuk menjimatkan masa anak-anak MM semasa musim imtihan. Bagaimanapun, untuk mengelakkan pembaziran pembekalan makanan hanya melalui pendaftaran yang dibuka dari masa kesemasa.
- Jemputan Khas Doktor Pakar dari Malaysia yang disusun khas untuk meningkatkan motivasi dan kecemerlangan anak-anak MM di Mesir
- Kos Sewaan dan penyelenggaraan 'Academic Centre'.


B. Program Bukan Akademik
Ini termasuk Latihan 'SoftSkill' dalam apa bentuk sekalipun, Jaulah, Sukan, Iftar Jamaie, Kelas Thafaquh Fiddin ,  Program mengeratkan Ukhuwah , Program Keusahawanan dan Ekonomi, Program Kemasyarakatan di Malaysia dan Mesir dan seumpanya.
Peruntukan ini termasuk pembelian harta kekal.

7. Ratio Peruntukan 
Peruntukan akan dinilai mengikut nisbah pelajar di muhafazah masing-masing.
Nisbah Program Akademik (tidak termasuk peruntukan makan sempena imtihan) dan Non Akademik mestilah 2;1.  Ini adalah untuk mempastikan anak-anak MM sering memberi tumpuan kepada Program yang berbentuk akademik.

Contohnya jika Jumlah peruntukan Akademik setakat ini adalah 10000LE, maka program Bukan Akademik yang boleh diluluskan adalah 5000LE.

Ratio ini penting bagi memastikan anak-anak MM sentiasa sedar bahawa tujuan mereka hadir di bumi Mesir adalah untuk cemerlang didalam akademik disamping melengkapi diri dengan ilmu-ilmu lain.

8. Kerjasama dengan badan-badan lain.
MedicMesir juga terbuka kepada apa jua cadangan untuk bersama-sama dengan badan-badan lain samada dari Malaysia mahupun Mesir.  Apa jua cadangan mestilah disokong EXCO MM di muhafazah masing-masing.

9. Koordinator Peruntukan JOM! Mumtaz 2012.
Untuk melancarkan perlaksanaan dan komunikasi mengenai peruntukan ini, maka Ummi telah melantik Muhammad Hazwan (Tahun 3 Tanta) selaku KETUA KOORDINATOR dan wakil di muhafazah
Nu'man Salahuddin (Tahun 2 Alexandria)
Aiman Jusri (Tahun 4 Mansoura Manchester)
Nik Muhammad Fitri (Tahun 3 Zagazig)
Muhammad Faris Ramli (Tahun 3 Al Azhar)

10.  Memandangkan sudah hampir exam FINAL, maka adalah disaran agar tumpuan diberikan kepada Program Akademik.  Oleh itu, sila pastikan semua kertas cadangan sampai kepada Ummi dalam masa 1 minggu.  Sila beri tumpuan khas untuk bulan Mac dan April 2012.  Segala pertanyaan, sila bincang didalam mesyuarat EXCO masing-masing atau FaceBook group exco masing-masing.  Semoga dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.

11. Akhirkata, Ummi doakan agar Allah swt akan memberi natijah TERBAIK atas segala USAHAkita. Jauhkan segala sifat malas, lalai dan lara.  Mohon Allah swt sentiasa memberi petunjuk jalan yang lurus yang diredhaiNYA dan agar kita sentiasa didalam pemeliharaannya. Akhirkata yang akhir, Nasihat ummi...Jadilah 'Full Time Muslim" yang mampu membawa ibubapa kita ke syurga :-) Ameen. Ya RAB AlAmeen.

Salam Sayang,
UmmiMM

No comments:

Post a Comment