Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Tuesday 24 September 2013

PANDUAN DAN PROSEDUR PERMOHONAN ATAS TALIAN BAGI PELAJAR MALAYSIA DI MESIR YANG INGIN MELANJUTKAN PENGAJIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) DI MALAYSIA

PANDUAN DAN PROSEDUR PERMOHONAN ATAS TALIAN BAGI PELAJAR MALAYSIA DI MESIR YANG INGIN MELANJUTKAN PENGAJIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) DI MALAYSIA
   
   
1. Pelajar-pelajar Malaysia dari universiti di Mesir dibenarkan memilih untuk menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia dalam bidang perubatan, pergigian, farmasi dan pengajian Islam tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, penempatan pelajar-pelajar di IPT di Malaysia tidak melibatkan pelajar-pelajar yang sedang mengikuti tahun klinikal (tahun akhir pengajian di universiti di Mesir) bagi bidang perubatan dan pergigian.
   
2. Pelaksanaan pemindahan kredit bagi pelajar pengajian perubatan, pergigian dan farmasi adalah mengikut prinsip “parallel” (minus one rule) berdasarkan tahun pengajian. Sebagai contoh, pengajian perubatan di universiti di Mesir mengambil masa enam (6) tahun, manakala pengajian perubatan di Malaysia mengambil masa lima (5) tahun. Oleh yang demikian, dari segi pelaksanaan, pelajar tahun empat (4) di universiti di Mesir adalah setara dengan pelajar tahun tiga (3) IPT di Malaysia. Justeru, pemindahan kredit ini membolehkan pelajar tahun empat (4) di universiti di Mesir meneruskan pengajian pada tahun tiga (3) di IPT di Malaysia. Pelaksanaan ini dibuat secara “one-off” iaitu khas untuk kumpulan yang menghadapi krisis Mesir 2013 sahaja. Manakala pelaksanaan pemindahan kredit bagi pelajar bidang pengajian Islam yang ingin mengikuti pengajian di IPT di Malaysia adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Malaysian Qualification Agency (MQA).
   
3. PERINGATAN : Sila ambil perhatian perkara-perkara berikut :-
i. Pastikan anda membaca panduan dan prosedur permohonan ini sebelum anda mengisi borang permohonan atas talian;
ii. Pastikan maklumat dan pemilihan yang diisi adalah betul dan muktamad sebelum anda menghantar (send) kerana maklumat yang telah dihantar (send) tidak boleh dipinda;
iii. Pastikan anda mengisi borang permohonan atas talian dengan lengkap kerana borang yang tidak lengkap tidak akan diproses;dan
iv. Pastikan pengesahan penerimaan dipaparkan secara atas talian setelah anda menekan butang hantar (send) sebelum dicetak.
   
4. Anda dikehendaki berdaftar dengan Jawatankuasa Pengurusan Pengajian Pelajar Malaysia di Mesir (JPPPMM) dengan mengisi borang permohonan atas talian pada pautan berikut www.mohe.gov.my/j3p2m mulai 24 September 2013 jam 5.00 petang. Anda boleh menyemak senarai IPT di Malaysia yang menawarkan bidang pengajian perubatan, pergigian, farmasi dan pengajian Islam di pautan berikut senarai IPT di Malaysia. Permohonan atas talian ditutup pada 8 Oktober 2013 jam 12.00 tengah hari.
   
5. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dicetak serta dikepilkan dengan dokumen sokongan (yang telah disahkan) seperti berikut:
 
a. Salinan Kad Pengenalan;
b. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
c. Salinan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / Matrikulasi / Asasi / Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia (sila rujuk pautan kelayakan MQA );

http://www.mqa.gov.my/portal2012/dokumen/SENARAI%20NILAI%20TARAF%20KELAYAKAN%20AKADEMIK%20LUAR%20NEGARA%20PERINGKAT%20MENENGAH_20120711.pdf

d. Salinan surat tawaran daripada universiti di Mesir (jika ada);
e. Keputusan peperiksaan bagi setiap semester di Universiti di Mesir (jika ada);
f. Salinan Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN) (jika ada);

g. Salinan surat tawaran penajaan / pinjaman (jika ada);dan
h. Salinan surat tawaran IPT di Malaysia (jika ada).

   
6. Anda perlu mengemukakan borang permohonan atas talian yang telah dicetak berserta dengan dokumen-dokumen sokongan kepada JPPPMM selewat-lewatnya pada 09 Oktober 2013 sebelum pukul 12.00 tengah hari di alamat berikut.
  Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pengajian Tinggi
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. Putrajaya
   
7. Syarat minimum kelayakan akademik bagi penempatan pelajar di IPTA untuk kursus pengajian perubatan, pergigian dan farmasi adalah dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred A- atau A2 dalam sembilan (9) subjek di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Moden, Matematik Tambahan dan satu daripada mana-mana subjek dalam SPM SERTA mendapat sekurang-kurangnya Jayyid Jiddan dalam keputusan semasa di universiti di Mesir.
   
8. Bagi pelajar yang mengambil peperiksaan ulangan dan masih belum mendapat keputusan peperiksaan, penentuan tahun kemasukan ke IPT di Malaysia akan ditentukan oleh JPPPMM.
   
9. Keputusan berjaya atau gagal bagi pemilihan pelajar untuk meneruskan pengajian di IPT di Malaysia adalah ditentukan oleh JPPPMM dan keputusan adalah muktamad.
   
10. Bagi sebarang pertanyaan, para pelajar boleh menghubungi Bilik Operasi KPM di talian hotline 03-8870 6611 dari jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang (Isnin hingga Jumaat). Pertanyaan juga boleh dibuat melalui e-mel : egyptcrisis@mohe.gov.my, facebook: https://www.facebook.com/pages/StudentWorld/207845832591425

Rujukan https://www.mohe.gov.my/j3p2m/


No comments:

Post a Comment