Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Tuesday 26 August 2014

TERJEMAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN TAHUN 1 SESI 2013/14

Assalamualaikum wbth,

Semoga sentiasa didalam limpah rahmat Allah swt.

TAHUN 1 UNIVERSITI AL AZHAR
Sila ambil maklum bahawa keputusan peperiksaan yang diterjemah telah dihantar ke email masing-masing. Jika anda masih belum mendapatnya sila whassapp Ustaz Yudi untuk mendapatkannya.

TAHUN 1 UNIVERSITI ALEXANDRIA
Menurut perbincangan dengan pihak Universiti, InshaAllah, salinan keputusan rasmi akan diperolehi dalam minggu ini.

TAHUN 1 MANSOURA
Keputusan rasmi dengan maklumat lengkap masih dalam proses.

InshaAllah, MM akan membantu mempercepatkan segala urusan bagi membolehkan urusan tajaan dibuat.
Semoga dipermudahkan.

Salam,
UmmiMM

Sunday 24 August 2014

PENGHANTARAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN TAHUN 2013/2014 BAGI PERMOHONAN ZAKAT SESI PENGAJIAN 2014/2015.


24|08|2014 (Ahad)

ASSALAMUALAIKUM WRT WBT

FASA 1 : 
PENGHANTARAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN TAHUN 2013/2014 BAGI PERMOHONAN ZAKAT SESI PENGAJIAN 2014/2015.

Pejabat Atase Selangor Mesir ingin memaklumkan bahawa penghantaran keputusan peperiksaan bagi fasa 1 telahpun dibuka dan akan berakhir pada 31 Oktober 2014.

Penghantaran keputusan peperiksaan hendaklah disertakan bersama dokumen-dokumen berikut :
i. Salinan passport
ii. Borang Penghantaran Keputusan Peperiksaan. (Borang penghantaran keputusan peperiksaan disertakan bersama posting ini)

Keputusan peperiksaan hendaklah dihantar terus ke Pejabat Atase Pendidikan Selangor Mesir di Kaherah. Penghantaran melalui email tidak diterima.
Bagi pelajar yang berada di Malaysia atau di luar Mesir, anda boleh mewakilkan penghantaran keputusan peperiksaan anda kepada rakan-rakan anda yang berada di Mesir.

Hanya dokumen yang lengkap sahaja akan diproses.
Sekian. Wassalam.

Sumber: Atase Pendidikan Selangor Mesir



Tuesday 12 August 2014

RAYUAN BERKELOMPOK JPA UNTUK SESI 2014

Assalamualaikum wbth,

1. Semoga anak2 serta keluarga MM sentiasa didalam pemeliharaan Allah swt .

2. Posting ini merujuk kepada perubahan polisi JPA seperti yang telah diketahui umum. Untuk tujuan ini, MedicMesir mengambil inisiatif untuk membuat rayuan khas kepada JPA melalui pejabat Perdana Menteri.

3. Untuk tujuan ini, MedicMesir memberi fokus kepada pelajar yang memperolehi MUMTAZ dan JAYYID JIDDAN sahaja. Ini adalah kerana, sebelum ini hanya pelajar MUMTAZ dan JAYYID JIDDAN sahaja yang diberi kelulusan tajaan oleh JPA.

4. Oleh itu, MedicMesir memohon agar semua anak-anak MM yang ingin memajukan rayuan berkelompok ini mengambil langkah-langkah dibawah :-

a. Isi maklumat online dilink ini.
b. Poskan salinan yang telah disahkan salinannya oleh Pegawai Kelas A dokumen-dokumen dibawah:
           i. Salinan Kad Pengenalan
          ii. Salinan SPM yang disahkan
          iii. Salinan NOC
          iv. Salinan keputusan terkini peperiksaan akhir sesi akademik                              2013/2014
         v. Penyata Gaji atau Penyata Cukai IbuBapa

c. Kesemua ini perlu diserahkan kepada MedicMesir selewat-lewatnya pada 25hb Ogos 2014. Serahan perlu dibuat secara POS sahaja dan bukan serahan tangan kepejabat MedicMesir.  Kelewatan dan dokumen yang tidak lengkap tidak akan dimajukan.

Sila poskan ke alamat MedicMesir, 17-1, Jalan Equine 9A, Taman Equine, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan , Selangor Darul Ehsan.

5. Segala urusan dokumentasi Rayuan Berkelompok JPA 2014 bolehlah berhubung dengan Cik Hafiqa di talian 03 89489030.

6. Semoga dimpermudahkan segala urusan rayuan tajaan buat semua anak-anak MM. Ameen.

Salam,
UmmiMM