Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Wednesday 2 September 2015

BELANJAWAN PROGRAM MM MENGIKUT MUHAFAZAH SESI 2015/16

Assalamualaikum wbth,

1. Semoga sentiasa didalam pemeliharaan dan rahmat Allah swt.

2. Merujuk kepada tarikh tutup menghantar belanjawan bagi sesi 2015/16 adalah pada 31hb Ogos 2015.  Sila ambil maklum, bahawa sebelum belanjawan sesi 2015/16 ini diluluskan, laporan keseluruhan sesi 2014/15 yang lengkap termasuk laporan kewangan dan laporan mengikut aktiviti beserta dengan muhasabah perlu dihantar paling lewat 4hb September 2015. Laporan 2014/15 mesti dihantar didalam bentuk bercetak kemas didalam fail.  Hal ini telah dimaklumkan sebelum ini.

3. Bagi muhafazah yang telah menghantar laporan sesi 2014/15 sebelum 3hb September 2015, akan dipanggil untuk berjumpa Ummi didalam sesi khas untuk membentang kan permohonan peruntukan bagi sesi 2015/16 pada 7 atau 8hb September 2015.

Exco Media muhafazah masing-masing juga perlu menyimpan semua gambar2 serta kompilasi video sepanjang tahun 2014/15. Sila simpankan didalam 'portable hard disk' dan serahkan kepada Ummi semasa perjumpaan pembentangan diatas.

4. Sila ambil maklum, bahawa, selepas kelulusan ini, tiada lagi belanjawan secara ad hoc akan dikeluarkan. Segala laporan selepas ini dan pengeluaran kewangan juga akan diselengarakan penyimpan akaun di Mesir selepas ini. Sila ambil maklum, bahawa bermula Oktober 2015, Ummi juga akan berada di luar negara pada satu jangka masa yang agak lama. Oleh itu, segala ad hoc budget bermula sekarang tidak akan dilayan sama sekali.

5. MM Alexandria, Tanta, Mansoura dan Kaherah akan diperuntukkan sebanyak 300,000LE maksima. Manakala Zagazig diperuntukkan sebanyak 30,000LE. Bermakna, jumlah yang diperuntukkan adalah 1,230,0000LE. Bagaimanapun, jumlah kelulusan bergantung kepada laporan perbelanjaaan sesi akademik 2014/15.

6. EXCO muhafazah juga perlu memberi bimbingan kepada adik2 baru, sesi 2015/16 untuk menyediakan belanjawan tahunan mereka.

7. Mohon kerjasama semua agar dipemudahkan segala urusan.

Shukran,
UmmiMM

No comments:

Post a Comment