Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Wednesday 24 February 2016

EDUCATION MALAYSIA EGYPT


Assalamualaikum wbt.

Penyelidikan Penghayatan Manhaj Azhari (Wasatiyyah )dalam Kalangan Pelajar Malaysia di Mesir & Tahap Kepuasan Pelajar-Pelajar Sains Kesihatan Malaysia di Universiti Mesir Education Malaysia Egypt, Kedutaan Besar Malaysia Kaherah.

Yang dihormati saudara-saudari mahasiswa/wi Pengajian Islam dan Sains Kesihatan di Republik Arab Mesir.

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk menjawab soal selidik ini. Kajian ini mengandungi 2 tajuk berkaitan meninjau penghayatan Manhaj Azhari (Wasatiyyah) dalam kalangan mahasiswa/wi Malaysia di Universiti alAzhar serta Tahap Kepuasan Pelajar-Pelajar Sains Kesihatan di universiti-universiti Mesir.

Respon saudara-saudari sangat penting dalam rangka perancangan program peningkatan mutu pengajian dan pencapaian akademik yang akan diangkat ke peringkat pengurusan universiti dan pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK).

Semoga saudara/i dapat menjawab dengan tenang dan ikhlas. Maklumat peribadi tuan/puan adalah rahsia dan akan digunakan bagi tujuan kajian ini sahaja. Semoga Allah SWT membalas jasa baik saudara/i. Jazakallah khairal jaza’.

Berikut adalah link yang perlu diisi bagi bidang masing-masing :

a)Penghayatan Manhaj Azhari ( Wasatiyyah )dalam Kalangan Pelajar Malaysia di Mesir :

http://docs.google.com/…/1NMcNYyd2xIxfmrXCn0QKWvSO…/viewform

b)Tahap Kepuasan Pelajar-Pelajar Sains Kesihatan Malaysia di Universiti Mesir

http://goo.gl/forms/il78SDzoyY

Terima kasih & Salam hormat,

Education Malaysia Egypt, 
Kedutaan Besar Malaysia Kaherah.

Credit daripada : https://www.facebook.com/eme.net.eg/?fref=nf

No comments:

Post a Comment